Friday, 20 March 2015

kebahagian sejati



Jika kekayaan membuat orang bahagia, tentunya ADOLT MERCKLE, orang terkaya dari Jerman, tidak akan menyerahkan badannya ke kereta api untuk membunuh diri.

Jika kemahsyuran membuat orang bahagia, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi terkenal itu, tidak akan meminum ubat tidur hingga 'overdose'.

Jika kekuasaan membuat orang bahagia, tentunya G. VARGAS, Presiden Brazil, tidak akan menembak jantungnya sendiri.

Jika kecantikan membuat orang bahagia, tentunya MARYLIN MONROE, artis cantik dari Amerika, tidak akan meminum alkohol dan ubat depresi hingga overdose.

Jika kesihatan mampu membuat orang bahagia, tentunya THIERRY COSTA, doktor terkenal dari Perancis, tidak akan membunuh dirinya akibat satu acara di televisyen.

Ternyata, bahagia atau tidaknya hidup seseorang itu, bukannya ditentukan oleh seberapa kaya, terkenal, cantik, berkuasa, sihat atau berjaya hidupnya.

Tapi yang membuat seseorang itu bahagia adalah dirinya sendiri. Mampukah kita mensyukuri semua yang sudah kita miliki dalam segala hal?

"Kalau kebahagiaan boleh dibeli, pasti orang² kaya akan membeli kebahagiaan itu. Kita tidak akan dapat kebahagiaan kerana sudah diborong oleh merek╬▒."
Kalau kebahagiaan itu ada di suatu tempat, pasti belahan lain di bumi ini akan kosong kerana semua orang akan ke sana berkumpul di mana kebahagiaan itu berada."

Untungnya kebahagiaan itu berada di dalam hati setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu membeli atau pergi mencari kebahagiaan itu.

"Yang kita perlukan adalah hati yang bersih dan ikhlas serta fikiran yang jernih, maka kita boleh menciptakan rasa bahagia itu bila2, di mana2 dan dalam apa jua keadaan pun."
Kebahagiaan itu hanya dimiliki oleh "orang² yang  bersyukur".



"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAILAH APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI."



Bersyukur adalah suatu kemampuan yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun.

No comments:

Post a Comment