Saturday, 19 April 2014

TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM



MENGUBAH POSISI
Rasullah SAW bersabda,maksudnya :
apabila kamu marah,dan ketika itu berada didalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia
duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaringggg.


BERWUDUK
Rasullah SAW bersabda, maksudnya:
Marah datangnya dari pada syaitan, dan ia diciptakan dari pada api sedangkan api itu hanya
dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu apabila kamu marah, maka hendaklah berwuduk


MEMBACA TA'AWUZ
Lafaznya ialah :   
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya : Ya Allah,lindungilah aku dari pada syaitan yang direjam.


BERZIKIR
Banyak bersalawat , berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.


KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosak
dirinya akibat lisanya sendiri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikamah dan kebaikannya.


MINUM AIR
Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan kemarahan.


BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga . Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan
fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.


No comments:

Post a Comment